Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan.
Thursday, 31 December 2015
Sunday, 27 December 2015
Tugasan 9 - Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tugasan 9 merupakan tugasan berkumpulan, di mana kami menggunakan bahan maujud untuk sesi pembentangan. Tugasan ini membincangkan tentang isu bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 9 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang isu ini.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 9 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang isu ini.
Saturday, 26 December 2015
Tugasan 7 - Penilaian
Tugasan 7 merupakan tugasan berkumpulan, di mana kami menggunakan bahan maujud untuk sesi pembentangan. Tugasan ini membincangkan tentang isu penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 7 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang isu ini.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 7 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang isu ini.
Tugasan 6 - Pendekatan dalam Pengajaran
Tugasan 6 merupakan tugasan berkumpulan, di mana kami menggunakan bahan maujud untuk sesi pembentangan. Tugasan ini membincangkan tentang isu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 6 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang isu ini.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 6 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang isu ini.
Tugasan 5 - Pendekatan Pengajaran
Tugasan 5 merupakan tugasan berkumpulan, di mana kami menggunakan video untuk sesi pembentangan. Tugasan ini membincangkan tentang isu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Video yang telah dipilih oleh kumpulan kami ialah seperti di bawah.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 5 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang video pilihan ini.
Video yang telah dipilih oleh kumpulan kami ialah seperti di bawah.
Penulisan ilmiah (berkumpulan) hasil dari tugasan 5 adalah seperti berikut.
Selain itu, tugasan ini memerlukan pendapat setiap individu dalam kumpulan terhadap isu ini. Berikut merupakan pandangan dan pendapat saya tentang video pilihan ini.
Tuesday, 22 December 2015
Kementerian Pendidikan kaji langkah kurang beban tugas guru
Wednesday, 16 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
Lima
pandangan tentang buku Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik.
Buku yang bertajuk Permasalahan
dalam Pendidikan Sains dan Matematik yang diedit oleh Yusof Boon ini
membincangkan tentang isu-isu yang berlaku dalam pendidikan Sains dan
Matematik. Melalui pembacaan saya, terdapat kelebihan dan kekurangan kandungan
yang terdapat dalam buku ini boleh dihuraikan. Antaranya ialah :
1. Himpunan kajian yang dijalankan
dikumpulkan memberi gambaran keseluruhan terhadap isu-isu yang timbul dalam pendidikan
Sains dan Matematik.
Setiap permasalahan dan isu tentang pendidikan Sains dan Matematik diberikan
bukti melalui kajian-kajian yang disusun mengikut bab dalam buku ini. Hasil
keputusan kajian turut diolah bagi memberikan kefahaman yang sebenar untuk
data-data yang diperoleh pengkaji. Sebagai contoh, penjelasan yang jelas
dihuraikan sebagai sebab pengkaji membuat keputusan bahawa pembolehubah tidak
bersandar yang ditetapkan tidak mempunyai hubungan dengan pembolehubah
bersandar. Perbincangan terhadap sesuatu isu juga tidak bias dan mempunyai
logik yang kuat.
2. Setiap isu dan perkara yang dibincangkan
dalam buku ini memberi faedah atau kebaikan kepada guru. Masalah-masalah
yang berlaku dalam pendidikan keseluruhannya adalah masalah yang dihadapi guru
serta pelajar dalam pendidikan. Kajian yang dijalankan kepada guru dan murid
memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang sesuatu masalah yang berlaku.
Hasil kajian yang dibincangkan pada setiap bab menambahkan lagi kefahaman guru
terhadap sesuatu perkara serta mampu meningkatkan kesedaran guru tentang
perkara tersebut. Perbincangan itu juga dapat memberi inspirasi kepada guru
untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengatasi masalah yang
dihadapi serta meningkatkan keberkesanan sesi pengajarannya kepada pelajar.
3. Setiap bab mengandungi kajian yang
telah dilaksanakan disediakan sumber rujukan bagi memudahkan guru untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terhadap sesuatu perkara yang
diingini. Sebagai
contoh, dalam perbincangan sesuatu kajian, pengkaji telah mengulas sesuatu
perkara dengan membuat rujukan dari sebuah buku. Ulasan pengkaji yang terhad
akan menimbulkan persoalan terhadap sesuatu perkara. Jadi, bahan rujukan yang
digunakan pengkaji boleh di cari mengikut butir-butir maklumat rujukan yang
telah disediakan. Ini bukan sahaja memudahkan guru-guru untuk melihat sesuatu
isu dengan lebih terperinci, malah akan memberikan guru-guru pengetahuan yang
lebih luas. Penyediaan sumber rujukan juga membuktikan perbincangan dan kajian
yang dijalankan adalah berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih.
4. Perbincangan dilakukan berdasarkan
kajian yang dijalankan. Namun, keseluruhan kajian adalah berbentuk kuantitatif.
Kajian
kuantitatif adalah kajian yang dijalankan menggunakan instrumen ujian penilaian
dan soal selidik. Kedua-dua instrumen ini adalah berpotensi tinggi untuk
mendapat jawapan yang tidak telus oleh responden. Selain itu, kajian berbentuk
kuantitatif juga hanya menguji responden dari aspek-aspek yang telah ditetapkan
oleh pengkaji. Jika kajian dijalankan secara kualitatif, iaitu dengan
menjalankan temubual dengan responden, hasil kajian yang didapati akan lebih
pelbagai dan terperinci. Ini memberikan kelebihan kepada pembaca, khususnya
guru-guru untuk melihat sesuatu isu dari skop yang lebih luas. Selain itu,
sesuatu isu yang dibincangkan juga akan meliputi pelbagai pihak. Sebagai
contoh, pencapaian pelajar dipengaruhi oleh sikap. Sikap yang mempengaruhi
pelajar itu boleh dilihat dari sudut sikap pihak kerajaan, sikap guru, sikap
ibu bapa dan sikap pelajar itu sendiri.
5. Setiap masalah atau isu yang
dibincangkan akan disertakan beberapa cadangan yang boleh dijadikan rujukan
untuk guru-guru. Namun, hampir kesemua cadangan adalah mengenai kaedah
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh diambil
oleh pihak-pihak lain yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk
mengatasi masalah tersebut. Hal ini mungkin disebabkan tujuan buku ini
diterbitkan adalah sebagai rujukan kepada guru-guru untuk meningkatkan
pencapaian dan mengatasi isu-isu yang timbul dalam pendidikan Sains dan Matematik.
Panduan kaedah pengajaran dijelaskan dengan sangat bagus. Teori-teori
pembelajaran oleh ahli-ahli pakar dalam pendidikan juga dikupas sebagai panduan
guru-guru.
Kesimpulannya,
penerbitan buku hasil pengumpulan kajian-kajian yang dilaksanakan yang
berkaitan dengan isu-isu yang timbul dalam pendidikan Sains dan Matematik
adalah satu inisiatif yang sangat baik. Buku ini bukan sahaja boleh dijadikan
rujukan kepada guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran, tetapi
juga memberi kesedaran kepada bakal-bakal guru untuk menyiapkan diri dalam
melaksanakan tugasan yang sebenar. Penyelidik yang ingin mengkaji tentang
isu-isu baru yang timbul juga boleh membuat buku ini sebagai salah satu rujukan
yang bagus. Buku ini boleh dibuat penambahbaikan dengan menambah kajian-kajian
yang berkaitan tetapi mengikut aspek-aspek yang berbeza.
Tuesday, 15 December 2015
Permasalan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
PERMASALAHAN
DALAM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
Buku
yang bertajuk “Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik” ini merupakan
perkongsian ilmu melalui dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan secara
berterusan berkenaan dengan matapelajaran Sains dan Matematik. Hasil-hasil
kajian dari beberapa orang penulis seperti Fadhlina Mohd Azizuddin, Elanggovan
al M Savarimuthu, Fathiah Mohamad, Junaidah Mohd Hassan, Farah Asnida Shariff,
Azizi Yahya Shahrin Hashim dan Zulhaimy Ismail telah diedit oleh Yusof Boon
bertujuan untuk dijadikan rujukan untuk guru-guru serta pensyarah. Perbincangan
di dalam buku ini boleh membantu guru-guru dan pensyarah membuat perancangan dalam
meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik.
Secara keseseluruhannya, buku ini
mengandungi perbincangan dan cadangan-cadangan tentang isu-isu mengenai tahap
kompetensi guru-guru Sains dan Matematik, tahap kemahiran manipulatif dan
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam matapelajaran ini.
Selain itu, perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam kurikulum Sains dan
Matematik turut dibincangkan dari aspek pelaksanaan kurikulum tersebut.
Kepentingan dalam memahami konsep dalam matapelajaran ini dan gaya pembelajaran
pelajar ditekankan untuk memberi kesedaran kepada guru tentang kaedah
pengajaran yang betul. Isu-isu yang timbul dalam matapelajaran Sains dan
Matematik seperti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar serta
cadangan kepada pelbagai pihak dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar
diulas dengan mendalam dalam topik-topik berkenaan.
Perbincangan mengenai dasar
Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah
menfokuskan kepada kepentingan dasar tersebut serta cabaran yang dihadapi oleh
guru serta pelajar dalam melaksanakan dasar tersebut. Kelemahan dalam Bahasa
Inggeris telah mempengaruhi komunikasi antara guru dan pelajar dalam sesi
pembelajaran. Justeru, komunikasi yang tidak efektif dalam sesi pembelajaran
telah memberi kesan dalam pencapaian pelajar-pelajar dalam Sains dan Matematik.
Perlaksanaan dasar ini yang memperkenalkan penggunaan teknologi dan maklumat
(ICT) adalah suatu langkah yang bagus dalam menaikkan taraf pendidikan negara.
Namun, masalah-masalah yang timbul seperti pengagihan peralatan ICT yang tidak
cukup, guru yang kurang berkemahiran, masa dan sebagainya menjadikan penggunaan
ICT dalam sesi pembelajaran tidak diluaskan atau kurang digunakan guru.
Kaedah pengajaran yang digunakan
guru turut menjadi topik utama yang dibincangkan dalam buku ini. Kurikulum
pendidikan yang baru telah menekankan kaedah pengajaran yang lebih menfokuskan
pelajar di mana pelajar-pelajar perlu menjadi aktif di dalam kelas. Kaedah ini
juga boleh merangsang cara pemikiran dan membantu pelajar untuk mempunyai
kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif. Masalah yang timbul bagi masalah
ini adalah apabila guru-guru enggan utuk menukar kaedah pengajaran yang
digunakan kerana sudah biasa dengan kaedah pengajaran tradisional, atau lebih
dikenali sebagai kaedah “Chalk and Talk”.
Kajian yang terdapat dalam buku ini turut mengaitkan kaedah pengajaran guru
dengan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep dan sikap yang ditunjukkan
pelajar tentang pelajaran tersebut.
Selain dari isu-isu yang menfokuskan
kepada kemahiran perguruan dan sikap pelajar, terdapat juga perbincangan
tentang faktor-faktor yang turut mempengaruhi pencapaian pelajar secara tidak
langsung iaitu faktor latar belakang pelajar. Latar belakang pelajar boleh
dilihat melalui beberapa aspek, iaitu tempat tinggal pelajar, tahap pendidikan
ibu bapa, pekerjaan serta pendapatan dalam keluarga mereka. Hasil kajian
mendapati latar belakang keluarga turut menyumbang kepada tahap pencapaian
pelajar melalui faktor sikap pelajar tersebut. Dalam hal ini, bukan sahaja guru
yang memainkan peranan, malah pihak sekolah dan juga keluarga pelajar,
terutamanya ibu bapa pelajar. Kepentingan sikap dalam menentukan tahap
pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik adalah tahap motivasi dalam diri
setiap pelajar. Pelajar yang bersikap positif adalah pelajar yang mempunyai
tahap motivasi yang tinggi.
Perbincangan tentang masalah-masalah
yang terdapat dalam pendidikan Sains dan Matematik bukan sahaja berkisar
tentang faktor-faktor terjadinya masalah itu, tetapi perbincangan dalam buku
ini turut menyentuh tentang langkah-langkah pembaikan yang perlu dilakukan bagi
mengatasi masalah-masalah tersebut serta meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran Sains dan Matematik. Semua pihak memainkan peranan dalam
meningkatkan pencapaian termasuk pihak kerajaan, pihak pentadbiran sekolah,
guru-guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Masalah seperti kelengkapan dan
peralatan ICT serta kemudahan-kemudahan infrastruktur di sekolah hendaklah
diagihkan secara sama rata. Pengagihan yang menumpu kepada bandar bukan sahaja
meningkatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar, malah
turut memberi kesan kepada taraf pendidikan negara. Perancangan yang rapi dan
teliti hendaklah dilakukan sebelum melaksanakan dasar dalam pendidikan agar ia
bukan sahaja memberi kebaikan kepada negara, tetapi juga kepada guru dan
pelajar itu sendiri.
Pihak pentadbiran sekolah juga
perlulah bekerjasama dengan pihak guru dalam meningkatkan tahap pencapaian
akademik sekolah tersebut. Perhatian perlu diberikan kepada cabaran-cabaran
yang dihadapi guru dalam sesi pengajaran. Interaksi yang baik antara pihak
sekolah dan guru akan membawa kepada hasil yang cemerlang, malah semangat dan
motivasi guru untuk mengajar turut meningkat sekaligus mengatasi masalah stress
melampau yang dihadapi guru. Walaupun kekurangan banyak dilihat dari aspek
pihak kerajaan dan pentadbiran sekolah, sikap guru turut memainkan peranan.
Guru hendaklah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dalam
aspek-aspek yang dikenalpasti masih lemah. Sikap guru yang mengharapkan usaha
seperti bengkel dan kursus yang dianjurkan pihak sekolah sahaja hanya akan
menyebabkan mereka ketinggalan dalam arus pendidikan. Guru-guru juga hendaklah
kreatif dalam menyampaikan maklumat pelajaran kepada para pelajar bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran tersebut. Sikap guru-guru yang masih
berkeras untuk menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran kerana
kepentingan sendiri merupakan salah satu faktor pencapaian pelajar yang tidak
memuaskan.
Peranan ibu bapa juga dilihat
penting dalam mengatasi masalah-masalah dalam pendidikan Sains dan Matematik.
Sikap positif ibu bapa yang sentiasa mementingkan pelajaran anak-anak akan
menjadi dorongan dan semangat kepada mereka untuk berusaha mencapai kejayaan.
Faktor ibu bapa yang kurang berkemampuan dan menyebabkan pencapaian yang
merosot dalam pelajaran anak-anak perlu diatasi dengan cara pemikiran mereka.
Ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang formal juga perlu
sedar akan kepentingan pelajaran kepada anak-anak untuk masa hadapan. Ibu bapa
yang berfikiran sempit bukan sahaja tidak menyokong anak-anak untuk belajar
malah akan mempengaruhi persepsi mereka terhadap pelajaran. Pelajar juga perlu
bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka. Usaha yang berterusan perlu
dilakukan untuk mencapai kejayaan. Pelajar juga perlulah mengambil inisiatif
sendiri jika tidak dapat memahami sesuatu pelajaran yang diajar di dalam kelas
seperti membuat rujukan di perpustakaan, internet dan perbincangan dalam
kumpulan bersama rakan-rakan. Kegagalan yang diperolehi dalam ujian perlu
dijadikan pengajaran bukan membiarkan kegagalan tersebut berulang.
Kesimpulannya, perubahan kurikulum
dalam pendidikan adalah menjadi satu keperluan dalam merealisasikan Wawasan
2020 untuk mencapai taraf negara maju dari segi perindustrian dan ekonomi.
Masalah-masalah yang didapati dalam pendidikan mampu diatasi dengan kerjasama
dari pelbagai pihak. Kesedaran terhadap kepentingan Sains dan Teknologi dalam
mengharungi cabaran globalisasi adalah menjadi satu keperluan semua pihak. Melalui
kesedaran tersebut, usaha-usaha akan dirancang dan langkah-langkah pembaikan
boleh diambil.
Friday, 11 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 9 :
Menyingkap Sikap Pelajar Terhadap Subjek Matematik di Sekolah Menengah
Kebangsaan
Zuhaimy Ismail
Zuhaimy Ismail
Pengaruh sikap pelajar terhadap pencapaian Matematik adalah perkara yang
tidak boleh dinafikan lagi. Pelajar yang bersikap positif ialah pelajar yang
boleh mengikuti pelajarannya secara aktif manakala sikap negatif dikaitkan
dengan pelajar yang kurang mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru
memainkan peranan penting dalam mengenali sikap pelajar terhadap suatu
matapelajaran kerana sikap yang negatif boleh menyebabkan pelajar itu tidak
mencapai keputusan yang baik dalam ujian penilaian.
Penulis membincangkan
tentang sikap pelajar berdasarkan faktor-faktor demografi pelajar tersebut
seperti jantina, bangsa, aliran persekolahan, tempat tinggal, tahap pendidikan
ibu bapa, pekerjaan bapa dan pendapatan ibu bapa. Perbincangan ini akan
memberikan gambaran kepada guru-guru untuk mengenali sikap pelajar dengan lebih
mudah. Secara keseluruhan, kajian mendapati sikap pelajar terhadap Matematik
adalah positif. Pelajar-pelajar menyedari akan kepentingan Matematik namun
mereka mempunyai persepsi bahawa Matematik adalah matapelajaran yang sukar.
Penglibatan mereka dalam sesi pembelajaran turut memberikan peratusan yang
rendah.
Pelajar perempuan didapati
mempunyai sikap yang lebih positif dari pelajar lelaki. Hal ini bersesuaian
dengan teori Judith Batler (1991) yang mengatakan jantina mempunyai pengaruh
terhadap tingkah laku seseorang pelajar tersebut. Pelajar berbangsa Cina dan
India pula didapati lebih cenderung kepada matapelajaran Matematik berbanding
pelajar berbangsa Melayu dan lain-lain. Dari aspek perbezaan aliran iaitu
antara pelajar beraliran Sains dan pelajar bukan aliran Sains, tiada perbezaan
yang signifikan dapat dilihat dalam menilai sikap mereka terhadap Matematik.
Hal ini menunjukkan minat mereka terhadap Sains tidak mempengaruhi sikap mereka
terhadap Matematik.
Latar belakang keluarga
pelajar secara keseluruhannya mempengaruhi sikap seseorang pelajar. Aspek-aspek
latar belakang yang dimaksudkan ialah seperti tempat tinggal pelajar, pekerjaan
bapa, tahap pendidikan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa. Pelajar yang tinggal
di bandar mempunyai sikap yang lebih positif daripada pelajar yang tinggal di
luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan infrastruktur dan kemudahan yang ada di
kawasan tempat tinggal memberi motivasi dan kesedaran yang lebih tinggi kepada
mereka untuk mempelajari Matematik. Bapa yang bekerja sebagai pegawai atau
kakitangan swasta mempengaruhi anak-anak untuk bersikap lebih positif
berbanding bapa yang berkerja sebagai buruh dan teknikal serta bapa yang tidak
mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu, tahap pendidikan ibu bapa turut
memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap pelajar. Ibu bapa yang belajar ke
peringkat universiti mampu memberikan contoh dan semangat kepada anak-anak
untuk mempelajari Matematik berbanding ibu bapa yang tidak mendapat pendidikan
secara formal. Pendapatan ibu bapa dikait rapat dengan persediaan pelajaran
kepada anak-anak mereka. Persediaan yang rapi dari segi buku-buku rujukan dan
kemudahan seperti komputer dan internet di rumah menentukan sikap seseorang
pelajar terhadap pelajaran, khususnya Matematik.
Dalam bab ini juga,
penulis memberikan beberapa cadangan kepada pihak sekolah dan guru setelah
mengenalpasti sikap pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi tersebut. Bagi
pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan,
guru-guru memainkan peranan untuk memberi motivasi dan pendedahan terhadap
kepentingan Matematik. Sokongan dari segi kemudahan juga perlu dipertimbangkan
oleh pihak sekolah. Program-program pendedahan tentang kepentingan pelajaran
kepada ibu bapa pelajar-pelajar ini juga penting agar pelajar ini mendapat
sokongan yang padu dari semua pihak. Selain motivasi dan pendedahan oleh guru,
guru juga perlu kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran serta memastikan
sesi pembelajaran yang efektif. Pendekatan secara konstruktivisme dipercayai
mampu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sesuatu perkara.
Kesimpulannya, perkara
yang paling utama dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar sekaligus
mencapai matlamat kurikulum pendidikan negara adalah dengan memupuk sikap yang
positif dalam kalangan pelajar. Seseorang pelajar yang mempunyai motivasi yang
tinggi dan persepsi yang bagus terhadap sesuatu perkara akan berusaha untuk
mencapai perkara yang diingininya. Oleh itu, semua pihak adalah
bertanggungjawab untuk memupuk sikap positif pelajar dalam pelajaran mereka.
Thursday, 10 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 8 : Masalah dan Gaya
Pembelajaran Pelajar Terhadap Subjek Kimia
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Irma Syah Binti Salim
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Irma Syah Binti Salim
Kurikulum
Kimia menekankan pembelajaran berfikrah yang berterasakan kemahiran berfikir
dan kemahiran saintifik. Kefahaman konsep dalam Kimia merupakan perkara yang
penting untuk seseorang pelajar mencapai kecemerlangan. Penguasaan konsep Kimia
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kebolehan pelajar dalam komunikasi,
menyelesaikan masalah serta sikap pelajar terhadap matapelajaran itu sendiri.
Dalam kurikulum Kimia, sikap pelajar yang negatif akan mempengaruhi pemahaman
mereka tentang sesuatu konsep dan fakta tentang Kimia. Faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar mengalami masalah pembelajaran dari aspek penguasaan
bahasa, kerangka alternatif dan sikap pelajar serta gaya pembelajaran
berdasarkan model pembelajaran Honey dan Munford (1992) dibincangkan dalam bab
ini.
Dari aspek penguasaan bahasa,
pelajar yang mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa teknikal
akan menyebabkan kesukaran untuk pelajar tersebut memahami konsep-konsep dalam
matapelajaran Kimia. Selain itu, penggunaan simbol dan pengistilahan yang tidak
konsisten dalam matapelajaran ini juga menyebabkan pelajar salah konsep di mana
idea dan konsep yang disampaikan guru adalah bertentangan dengan konsep yang
dimiliki. Dari aspek pemahaman yang diperolehi pelajar tentang fenomena alam
berdasarkan pengalaman sendiri, iaitu kerangka alternatif turut menyumbang
kepada masalah pembelajaran Kimia. Pelajar yang mempunyai pra-idea terhadap
sesuatu fenomena yang berlaku akan membentuk kerangka alternatif dan pemahaman
tersebut akan mempengaruhi konsep sebenar yang diajar guru. Sikap dan persepsi
seseorang pelajar terhadap suatu pelajaran akan mendorong motivasi mereka untuk
mempelajari pelajaran tersebut. Sikap pelajar terhadap Kimia dipengaruhi oleh
faktor minat, beban kerja, pengalaman, persediaaan dan persekitaran serta
kaedah pengajaran guru.
Bagi membantu pelajar menguasai
matapelajaran Kimia dengan baik, guru hendaklah menguasai teori pembelajaran
bagi memahami proses pembelajaran yang berlaku dalam diri pelajar. Terdapat
beberapa teori pembelajaran yang boleh dijadikan rujukan guru, antaranya ialah
teori pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, behaviorisme dan kognitif.
Teori pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menumpukan kepada
persekitaran pembelajaran di mana isi kandungan pelajaran dikaitkan dengan
situasi dunia sebenar. Teori konstruktivisme pula merupakan kaedah pembelajaran
yang berpusatkan pelajar di mana guru bertindak sebagai fasilitator dan
membantu pelajar untuk menghasilkan idea terhadap sesuatu pembelajaran
berdasarkan pengalaman pelajar. Teori behaviorisme pula berorientasikan
tingkahlaku pelajar yang berkonsepkan rangsangan gerak balas, pengubahsuaian
tingkah laku, kecekapan asas, dan kemahiran dalam suatu pembelajaran. Manakala
teori pembelajaran kognitif menumpukan kepada kaedah pemikiran pelajar di mana
seorang pelajar itu mampu mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman
mereka.
Gaya
pembelajaran seseorang pelajar juga merupakan faktor penting untuk menentukan
pencapaian pelajar. Terdapat beberapa gaya pembelajaran yang telah dikenalpasti
seperti gaya pembelajaran aktivis, refraktor, teoris dan pragmatis. Gaya
pembelajaran aktivis merujuk kepada pelajar yang bersifat kreatif dan gemar
mencari pengalaman baru. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini lebih
gemar melakukan aktiviti penyelesaian masalah. Gaya pembelajaran refraktor pula
terdiri daripada pelajar yang suka berfikir. Pelajar ini mempunyai kemahiran
dalam mengumpul dan menganalisis maklumat jadi suatu keputusan akan dibuat
dengan mengambil masa yang lama. Manakala individu yang sentiasa melihat
pandangan atau idea dari semua sudut dan aspek agar situasi sebenar dapat
dilihat dengan jelas adalah pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran teoris dan
kegiatan mengaplikasikan idea ke dalam situasi sebenar adalah gaya pembelajaran
pragmatis.
Kesimpulannya,
perkembangan yang pesat dalam bidang Sains terutamanya Kimia memerlukan
generasi yang mahir dalam konsep Kimia. Generasi yang dimaksudkan ialah
pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelapis kepada cendiakawan sekarang. Oleh
itu, memastikan pencapaian yang cemerlang dalam Kimia adalah peranan besar
seorang guru. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar membolehkan guru-guru
untuk menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai sekaligus meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap konsep Kimia.
Wednesday, 9 December 2015
Ulasan Jurnal 10
a) Tajuk Laporan : Kesan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
Terhadap Pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
Penulis : Tuah Ishak dan Mohini Mohamed
Sumber : Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan
Matematik, 11-12 Okt 2008
Bilangan MukaSurat : 8 Muka Surat
Bilangan MukaSurat : 8 Muka Surat
Laporan ini adalah hasil kajian
penulis Tuah Ishak dan Mohini Mohamed untuk mengkaji kesan pelaksanaan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Sampel yang digunakan
ialah pelajar dari Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal seramai 309 orang. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
set soal selidik. Hasil kajian melalui analisis statistik deskriptif dan
inferensi menunjukkan tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar terhadap
PPSMI adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan.
Persoalan pertama yang dibincangkan
penulis adalah tentang aspek kesediaan dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan
menunjukkan sebahagian besar dalam kalangan pelajar berada dalam tahap
kesediaan yang sederhana. Kajian juga mendapati pelajar perempuan didapati
lebih bersedia daripada pelajar lelaki dan kaum bukan bumiputera mempunyai
tahap kesediaan yang tinggi berbanding kaum bumiputera. Selain itu, pelajar
yang mengikuti aliran STPM juga didapati mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dan
pelajar dari Fakulti Sains didapati paling bersedia dibandingkan dengan pelajar
dari dua fakulti yang lain. Penulis berpendapat pelbagai kemudahan pelajaran
dalam Bahasa Inggeris hendaklah disediakan dan aktiviti-aktiviti bertujuan
penguasaan Bahasa Inggeris dipergiatkan.
Persoalan seterusnya yang dibincangkan
penulis ialah tentang aspek minat untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Kajian mendapati tahap minat dalam kalangan pelajar adalah
sederhana dan kurang memuaskan. Namun begitu, pelajar-pelajar sedar akan
kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik untuk
kerjaya yang akan datang. Di samping itu, pengajaran dalam dwibahasa menjadi
pilihan pelajar kerana pelajar didapati tidak berminat untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris seperti kajian untuk aspek kesediaan, pelajar perempuan,
pelajar bukan bumiputera dan pelajar dari Fakulti Sains didapati mempunyai
tahap minat yang tinggi. Penulis berpendapat, kurangnya minat dalam kalangan
pelajar untuk berbahasa Inggeris adalah kerana kurangnya praktikal dilakukan
dalam kehidupan seharian.
Aspek keyakinan merupakan persoalan
yang seterusnya dibincangkan oleh penulis. Menurut kajian, pensyarah banyak
memberikan bantuan dalam permasalahan Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris. Kaedah pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah juga diakui berkesan.
Kebanyakan pelajar yakin dapat mengikuti pelajaran yang diajar menggunakan
Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya tetapi kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan
dalam Bahasa Inggeris sangat tidak memuaskan. Penulis berpendapat keyakinan
pelajar untuk berbahasa Inggeris boleh dipupuk dengan mempraktikkan dalam
kehidupan seharian.
Bedasarkan kajian yang menunjukkan
bahawa kesediaan, minat dan keyakinan pelajar yang di tahap sederhana dan tidak
memuaskan, saya berpendapat bahawa pelajar-pelajar hendaklah didedahkan dengan
penggunaan Bahasa Inggeris sejak awal. Ini akan membantu pelajar untuk lebih
bersedia menghadapi masa depan terutamanya setelah tamat pelajaran serta dapat
meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar untuk menggunakan Bahasa
Inggeris. Kursus-kursus Bahasa Inggeris di universiti memainkan peranan penting
dalam menerapkan minat dan keyakinan dalam diri pelajar.
Monday, 7 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 7 : Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Farah Asnida Che Shariff
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Farah Asnida Che Shariff
Bab ini
membincangkan tentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris, iaitu satu dasar yang telah diperkenalkan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 2003. Dasar ini
merupakan satu usaha pihak kerajaan dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk
membina satu tamadun dan masyarakat maju bertaraf dunia dan turut menekankan
aspek kemajuan industri berasaskan kemajuan ilmu Sains dan Teknologi dan juga
taraf pendidikan tinggi.
Kesedaran terhadap kepentingan
komunikasi dalam mengharungi cabaran globalisasi yang memerlukan negara mampu
bersaing dengan negara-negara luar dalam segi ekonomi, penguasaan bahasa utama
dunia iaitu Bahasa Inggeris dilihat menjadi semakin penting. Bahasa ini telah
menjadi bahasa perantaraan ilmu dan keseluruhan maklumat tentang penemuan baru
dalam bidang Sains dan Teknologi adalah dalam Bahasa Inggeris. Tanpa penguasaan
yang baik dalam bahasa ini mampu memberi kesan yang buruk terhadap tahap
ekonomi negara. Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah
dicadangkan sejak tahun 1993 namun isu bahasa ini semakin panas apabila ramai
graduan IPT gagal mendapat pekerjaan disebabkan kelemahan dalam berbahasa dunia
ini. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan bersepakat untuk melaksanakan
dasar PPSMI ini.
Kesediaan guru dalam melaksanakan
dasar PPSMI dibincangkan dalam bab ini. Peranan guru dalam memastikan sesuatu
dasar yang dilaksanakan kerajaan berkesan adalah sangat besar. Guru perlu
melengkapkan diri dengan kefahaman, kemahiran, pengetahuan perguruan serta
kepakaran sebagai guru Sains dan Matematik. Guru juga perlu mempunyai
keyakinan, kemampuan dan persediaan dari segi emosi untuk memastikan
keberkesanan pengajaran mereka. Kaedah pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan
dan melibatkan pelajar untuk berinteraksi dalam kelas. Dengan persediaan yang
cukup, guru akan menjadi lebih yakin untuk menyampaikan maklumat kepada
pelajar. Keyakinan ini akan membantu guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran
yang kreatif dan inovatif.
Namun, terdapat banyak cabaran yang
dihadapi guru dalam menyampaikan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan
Bahasa Inggeris yang rendah dalam kalangan guru menyukarkan mereka untuk
menyampaikan pelajaran dengan lancar. Selain itu, penggunaan Bahasa Inggeris
yang tidak tepat berkebolehan untuk menimbulkan salah faham pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan guru tersebut. Masalah juga timbul apabila
pelajar-pelajar terdiri daripada golongan yang lemah dalam Bahasa Inggeris.
Mereka tidak dapat memahami maklumat yang disampaikan guru menyebabkan guru
terpaksa mengulang sesi pengajaran dalam bahasa yang difahami mereka. Selain
itu, pelajar juga menghadapi masalah untuk mempersembahkan idea mereka kepada
guru selepas sesi perbincangan kerana halangan bahasa.
Pihak kerajaan telah menyediakan
keperluan pengajaran yang lengkap termasuk aspek penyediaan kurikulum,
perisian, penyediaan buku teks, perkakasan teknologi dan maklumat (ICT) dan
latihan-latihan untuk guru-guru. Bahan-bahan sokongan serta alat bantu mengajar
(ABM) turut disediakan bagi membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan
kaedah-kaedah yang menarik. Peruntukan yang besar telah dikeluarkan demi
memastikan menyiapkan negara untuk bersaing dengan negara-negara luar. Secara
keseluruhannya, dasar ini dilihat sebagai langkah yang positif dalam membantu
masyarakat untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Namun, terdapat banyak
cabaran yang perlu dikaji terutamanya masalah guru dalam melaksanakan dasar ini
agar tidak mempunyai sebarang konfliks.
Friday, 4 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 6 : Sumbangan Sikap Terhadap
Pencapaian Pelajar dalam Matapelajaran Matematik
Azizi Yahaya & Shahrin Hashim
Penulis
membincangkan kesan sikap seseorang pelajar terhadap pencapaiannya dalam
akademik, khususnya pencapaian dalam matapelajaran Matematik. Matematik adalah
satu matapelajaran yang berkonsepkan pemikiran yang kreatif dan inovatif, di
mana memerlukan minat dan keinginan seseorang pelajar untuk memahami konsep
dalam Matematik. Kajian tentang hubungan antara sikap pelajar dan pencapaian
akademik telah banyak dilakukan oleh para pengkaji. Terdapat banyak kajian yang
mendapati sikap pelajar mempengaruhi pencapaian mereka namun terdapat juga
kajian yang tidak mampu mengaitkan pencapaian yang diperolehi pelajar dengan
sikap mereka.
Dalam kajian ini, sikap pelajar
terhadap matapelajaran Matematik dilihat dari tiga aspek yang berbeza iaitu
aspek komitmen, perasaan dan wawasan. Dari aspek komitmen, penglibatan pelajar
dalam matapelajaran ini samada aktif atau pun tidak dianalisis. Aspek perasaan
pula dianalisis melalui soal selidik yang bersifat untuk mengkaji tahap pelajar
menyukai matapelajaran tersebut. Manakala aspek wawasan mengkaji usaha dan
inisiatif seseorang pelajar itu untuk menguasai Matematik. Ketiga-tiga aspek
ini dipercayai mampu untuk membuat penilaian terhadap sikap seseorang pelajar.
Hubungan dari setiap aspek yang dikaji dengan aspek yang lain diuji bagi
mengesahkan pengaruh sikap pelajar.
Hasil kajian menunjukkan aspek
komitmen dan wawasan dalam sikap pelajar terhadap Matematik adalah tinggi namun
dapatan menunjukkan sikap pelajar dari aspek perasaan adalah di tahap yang
sederhana. Berdasarkan analisis tentang ketiga-tiga aspek tersebut dengan
pencapaian pelajar dalam Matematik, pelajar-pelajar mempunyai sikap yang ingin
berusaha untuk kecemerlangan Matematik dan mereka juga menyedari akan
kepentingan Matematik terhadap masa depan mereka. Minat dan perasaan gemar akan
matapelajaran tersebut tidak terlalu mempegaruhi pencapaian mereka. Hal ini
kerana perasaan individu adalah tidak konsisten dan sentiasa berubah mengikut
situasi yang tertentu.
Sikap pelajar terhadap sesuatu
perkara merupakan salah satu penyumbang kepada kecemerlangan mereka dalam
pelajaran terutamanya dari aspek komitmen dan wawasan. Perkara yang
mempengaruhi kedua-dua aspek ini adalah tahap motivasi dalam diri pelajar.
Pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan akan
berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun sesuatu pelajaran itu adalah sukar.
Perasaan tidak gemar terhadap sesuatu yang baik dianggap sebagai cabaran dalam
menguasai sesuatu perkara tersebut. Pihak yang bertanggungjawab dalam
memastikan pelajar yang bermotivasi tinggi adalah ibu bapa dan guru-guru.
Dorongan dan semangat melalui pelbagai kaedah perlu diberikan kepada mereka
agar sentiasa optimis dalam pelajaran.
Sebagai penutup, penulis telah
mencadangkan beberapa perkara untuk golongan guru dalam mempengaruhi sikap
pelajar agar sentiasa positif terhadap pelajaran. Guru-guru disaran untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran agar mengelakkan perasaan bosan pelajar untuk
mempelajari pelajaran tersebut. Contoh-contoh pengaplikasian Matematik dalam
kehidupan realiti turut memberi kesedaran kepada mereka akan kepentingan
Matematik sekaligus mempengaruhi fikiran mereka untuk mencapai kecemerlangan
dalam Matematik untuk masa depan yang cerah.
Thursday, 3 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 5 : Faktor-Faktor yang
Menyebabkan Stress dalam Kalangan Guru Sains dan Matematik di Sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru
Azizi Yahaya & Norliza Othman
Azizi Yahaya & Norliza Othman
Dasar-dasar
pembaharuan dan reformasi pendidikan bukan sahaja memberi kesan yang positif
malahan juga membawa pelbagai masalah baru dalam konteks pembinaan bangsa dan
negara. Selain pelajar, golongan guru merupakan antara pihak yang terlibat
secara langsung dalam setiap pembaharuan dalam sistem pendidikan. Mereka perlu
menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap matlamat dan objektif yang
ditetapkan pihak kerajaan dapat dicapai. Perkara ini sekaligus menyebabkan
guru-guru mengalami tekanan pada tahap yang tinggi.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada
stress dalam kalangan guru dibincangkan dalam bab ini. Faktor-faktor ini
dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu bebanan kerja, disiplin pelajar,
hubungan interpersonal dengan rakan sekerja, persekitaran kerja dan reformasi
pendidikan. Penulis telah membuat kajian terhadap sebilangan guru dalam mencari
faktor yang menjadi penyumbang terbesar kepada stress dalam kalangan mereka.
Hasil kajian menunjukkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan
faktor utama guru-guru berasa stress. Faktor kedua ialah reformasi pendidikan,
diikuti bebanan kerja dan seterusnya faktor persekitaran pekerja dan hubungan
interpersonal antara guru di tahap yang rendah.
Terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan dengan faktor
masalah disiplin pelajar dan hubungan interpersonal dalam kalangan mereka
manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor-faktor lain
mengikut jantina guru. Dari aspek lokaliti, terdapat perbezaan yang signifikan
antara guru-guru di sekolah luar bandar dan bandar dengan faktor reformasi
pendidikan sahaja. Manakala, untuk empat faktor guru stress yang lain tidak
mempunya perbezaan yang signifikan dengan lokasi sekolah guru-guru berkenaan.
Dari aspek pengalaman bekerja yang dimiliki guru-guru, hanya terdapat perbezaan
yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan masalah disiplin pelajar
sahaja. Bagi faktor-faktor lain, pengalaman mengajar tidak mempengaruhi tahap
stress yang dihadapi guru-guru. Hal yang sama turut dilihat apabila kajian
dibuat mengikut aspek umur guru. Hanya tahap stress disebabkan masalah disiplin
pelajar berbeza dalam kalangan guru mengikut umur guru tersebut.
Dalam
bab ini, penulis turut mengutarakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap
profesionalisme guru. Terdapat beberapa pihak perlu memainkan peranan dalam hal
ini seperti pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia,
guru-guru, pentadbir sekolah serta rakan-rakan sejawat. Pihak kerajaan perlu
menangani masalah stress dalam kalangan guru ini dengan menganjurkan
bengkel-bengkel, seminar atau kursus-kursus yang boleh membantu guru untuk
melancarkan pekerjaan harian sekaligus dapat mengurangkan kadar stress dalam
diri setiap guru. Kaedah pengurusan stress yang meliputi cara mengurus masa,
kemahiran berkomunikasi dan cara mengurus pelajar yang tidak berdisiplin juga
perlu didedahkan. Galakan perlu diberikan kepada guru untuk menyertai
aktiviti-aktiviti sukan bagi memastikan stress yang dihadapi tidak memberi
impak kepada kesihatan guru-guru.
Selain
itu, guru-guru juga perlu mempunyai kesedaran akan kepentingan dan kebaikan
yang dilakukan pihak kerajaan terhadap sistem pendidikan negara. Motivasi yang
tinggi dan fikiran yang positif perlu dipupuk dalam diri guru itu sendiri untuk
mencapai matlamat dan objektif pendidikan negara. Hal ini dapat
mempertingkatkan semangat mengajar dan sekaligus rasa stress yang dihadapi
dapat dikurangkan. Guru-guru perlu meningkatkan usaha untuk bergerak seiring
dengan reformasi pendidikan yang dilaksanakan. Kelemahan diri seperti lemah
dalam Bahasa Inggeris dan lemah dalam penggunaan ICT perlu diatasi. Pihak
pentadbir sekolah pula bertanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan yang
cukup dan memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan yang ceria.
Persekitaran yang baik bukan sahaja dapat memupuk semangat dalam diri guru,
bahkan juga pelajar. Rakan-rakan sejawat pula perlulah memainkan peranan untuk
saling tolong-menolong antara satu sama lain. Persefahaman yang jitu antara
guru-guru akan mewujudkan rasa selesa untuk menjalankan tugas seharian.
Kesimpulannya,
masalah disiplin dalam kalangan pelajar menjadi faktor dominan yang menyebabkan
stress dalam kalangan guru-guru. Pihak yang paling bertanggungjawab dalam
memastikan pelajar-pelajar berdisiplin bukan pihak guru atau sekolah tetapi
pihak ibu bapa. Pihak ibu bapa hendaklah memberi kerjasama dengan pihak sekolah
dalam membentuk peribadi anak-anak mereka. Sikap menangkan anak hanya mendorong
sikap besar kepala dalam diri anak-anak.
Wednesday, 2 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 4 : Pelaksanaan Kurikulum Kimia KBSM di Kalangan Guru-Guru Pelatih
Jurusan Kimia di UTM
Azizi Yahaya & Junaidah Mohamad Hasan
Azizi Yahaya & Junaidah Mohamad Hasan
Kurikulum
Kimia KBSM adalah merupakan kurikulum baru yang telah disemak semula pada tahun
2002. Dalam kurikulum ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran melibatkan
proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran secara bersepadu dengan
mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan yang pelbagai. Pendekatan ini
merangkumi pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar secara aktif,
penggunaan kemahiran berfikir secara berfikrah, pengoperasian dan aplikasi
saintifik di samping pembentukan sikap saintifik dan nilai murni.
Dalam bab ini, penulis membincangkan
perlaksanaaan kurikulum Kimia KBSM dari aspek kemahiran saintifik, kemahiran
berfikir dan juga penerapan nilai-nilai murni dalam sesi pengajaran.
Perbincangan ini difokuskan kepada skop keperluan dan tahap prestasi latihan
mengajar oleh guru-guru pelatih berdasarkan aspek-aspek tersebut. Menurut
kajian penulis, guru-guru pelatih lebih menekankan kemahiran saintifik iaitu
kemahiran menguasai konsep-konsep dalam matapelajaran Kimia berbanding
kemahiran berfikir dan penerapan nilai murni dalam sesi pengajaran. Kemahiran
saintifik diterapkan melalui aktiviti amali yang dilakukan di dalam kelas.
Aktiviti-aktiviti yang boleh menerapkan kemahiran berfikir memerlukan masa yang
panjang untuk dilaksanakan. Oleh itu, guru-guru pelatih sukar untuk menerapkan
kemahiran tersebut dalam sesi pengajaran. Manakala, nilai-nilai murni
diterapkan melalui proses-proses spontan seperti meminta pelajar untuk membantu
rakan menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Prestasi latihan mengajar dalam
kalangan guru pelatih dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti aspek-aspek
dalam Kurikulum Kimia KBSM dan masalah-masalah yang dihadapi guru pelatih
sewaktu latihan mengajar di sekolah diadakan. Dari aspek kemahiran saintifik,
guru pelatih yang berprestasi bagus mampu menerapkan kemahiran ini dalam
kalangan pelajar. Apabila kemahiran saintifik dikuasai guru pelatih, pelbagai
kaedah dan pendekatan mampu digunakan dalam sesi pembelajaran dan sekaligus
meningkatkan tahap keyakinan guru untuk mengajar. Penekanan yang kurang
diberikan dalam menerapkan kemahiran berfikir disebabkan faktor masa latihan
mengajar yang kebiasaannya pada hujung tahun. Guru pelatih diberi tekanan oleh
pihak sekolah untuk menghabiskan silibus kerana peperiksaan akhir yang perlu
ditempuhi para pelajar. Penerapan nilai murni dalam matapelajaran Kimia turut
kurang diberikan tekanan kerana kurangnya penekanan dari pihak sekolah dan
anggapan bahawa nilai murni telah diajar dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam.
Beberapa masalah yang dihadapi guru
pelatih sewaktu latihan mengajar turut dibincangkan dalam bab ini. Antara
masalah yang sering berlaku dalam kalangan guru pelatih ialah masalah
kekurangan alat radas dan bahan kimia di sekolah, masalah dengan pihak sekolah
dalam menjalankan aktiviti dan masalah kesediaan diri guru-guru pelatih untuk
mengajar di dalam kelas. Masalah kekurangan alat radas dan bahan kimia agak
memberi kesan kepada prestasi latihan mengajar seseorang guru pelatih. Hal ini
kerana aktiviti yang dirancang dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dilaksanakan ekoran dari kekurangan alat-alat tersebut. Tambahan pula,
penggunaan alat radas ini sebagai bahan bantu mengajar dapat memberi gambaran
yang jelas kepada pelajar terhadap alatan sebenar yang dipelajari mereka.
Masalah
yang dihadapi guru pelatih dengan pihak pentadbiran sekolah juga mampu
mempengaruhi prestasi latihan mengajar mereka. Sikap sesetengah pihak sekolah
yang memberikan kerja yang tidak masuk akal dan mengambil kesempatan terhadap
guru pelatih memberi tekanan dari segi emosi sekaligus mengakibatkan prestasi
mengajar adalah pada tahap sederhana. Masalah kesediaan diri dalam kangan guru
pelatih akan mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.
Guru pelatih yang tidak bersedia untuk mengajar akan sentiasa berasa kurang
selesa dan sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Hal ini akan
menimbulkan tekanan kepada guru pelatih tersebut sekaligus akan menjejaskan
prestasi latian mengajar mereka.
Secara
keseluruhannya, bab ini telah memberikan gambaran tentang kesedaran terhadap
perlaksanaan Kurikulum Kimia dalam kalangan guru-guru pelatih. Aspek kemahiran
saintifik masih menjadi tumpuan guru-guru pelatih berbanding kemahiran berfikir
dan nilai murni yang sangat penting untuk menghasilkan generasi berdaya saing
menjelang 2020. Tulisan ini hendak memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk
menekankan aspek-aspek dalam Kurikulum Kimia agar matlamat pendidikan Kimia
dapat dicapai.
Tuesday, 1 December 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB
3 :
Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif di Kalangan Guru Pelatih Kimia
Universiti Teknologi Malaysia
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fathiah Mohamed@Mohd Zamani
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fathiah Mohamed@Mohd Zamani
Proses
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan apabila ia melibatkan
interaksi antara guru dan pelajar. Salah satu pendekatan yang bagus dalam
proses pembelajaran Sains adalah menerusi pengalaman sendiri seseorang pelajar
di mana pendekatan ini mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan. Selain
memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah secara penyelidikan,
kaedah ini juga mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran saintifik dan
berkemahiran manipulatif. Sebagai tenaga pengajar, kemahiran-kemahiran yang
hendak dititikberatkan dalam diri para pelajar haruslah dikuasai terlebih
dahulu.
Dalam bab ini, perbincangan mengenai
tahap penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan bakal guru meliputi
kemahiran mengguna dan mengendali peralatan dan bahan Sains dengan betul, kaedah
menyimpan peralatan dan bahan Sains dengan betul dan selamat, kemahiran
membersihkan peralatan Sains dengan betul, kemahiran mengendali spesimen dengan
betul dan cermat serta kemahiran melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains
dengan tepat. Secara keseluruhannya, terdapat empat aspek penting yang boleh
diukur dalam mengenalpasi tahap kemahiran manipulatif dalam kalangan guru
pelatih iaitu aspek pengendalian peralatan Sains, aspek pengendalian bahan
kimia, teknik penggunaan peralatan kimia dan teknik amali.
Tahap penguasaan kemahiran
manipulatif dari aspek pengendalian peralatan Sains adalah tinggi. Dalam aspek
ini, beberapa tahap pengendalian peralatan Sains dapat dikenalpasti. Antaranya,
kemahiran guru-guru pelatih untuk membuat pemasangan radas, penggunaan
penyepit, termometer, spatula dan kasa dawai semasa proses pemanasan adalah di
tahap yang yang tinggi. Namun, mereka didapati kurang mahir untuk mengendalikan
penunu bunsen dan kemahiran menggunakan buret dan pipet. Manakala kemahiran
guru-guru pelatih dari aspek pengendalian bahan kimia juga adalah di tahap yang
tinggi. Ini bermaksud para guru pelatih mampu mengenalpasti tujuan memastikan
label botol reagen berada di atas semasa memindahkan larutan tersebut ke dalam
bikar, menggunakan kebuk wasap serta mahir mengendalikan bahan kimia
berkepekatan tinggi dan sisa bahan kimia.
Teknik-teknik dalam mengendalikan
peralatan kimia juga berjaya dikuasai oleh bakal-bakal guru ini. Teknik untuk
menggunakan termometer, pipet serta teknik membersihkan peralatan-peralatan
kimia adalah pada tahap yang baik. Namun, teknik mengendalikan larutan yang
berbaki di hujung pipet adalah pada tahap yang sederhana. Bagi teknik penyalaan
penunu bunsen, lubang udara telah dipastikan tertutup terlebih dahulu sebelum
melaraskan secara perlahan untuk mendapatkan nyalaan biru. Tahap yang sederhana
juga dikenalpasti bagi kemahiran guru-guru pelatih untuk memindahkan bahan
pepejal yang melekat pada spatula ke piring kaca.
Penguasaan teknik amali dalam
kalangan guru pelatih secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Antara
pemerhatian yang dilihat ialah kelalang kon dialas dengan menggunakan jubin
putih, teknik pencairan asid atau alkali pekat dan teknik pembilasan larutan
yang terpercik di bahagian dalam kelalang kon semasa pentitratan dilakukan
dengan baik dan teknik bacaan dalam proses pentitratan juga dilakukan dengan
betul.Namun, teknik pemplotan graf yang tepat dan teknik pengendalian pili yang
sukar dibuka tidak dikuasai dengan baik. Penguasaan pada tahap yang sederhana
juga ditunjukkan untuk teknik pengawalan pili buret semasa pentitratan.
Pemerhatian terhadap penguasaan
kemahiran manipulatif dari pelbagai aspek ini adalah bertujuan untuk memberi
gambaran dan kesedaran kepada bakal-bakal guru tentang kelemahan-kelamahan yang
dimiliki dari aspek tertentu. Ini membolehkan guru-guru pelatih ini memperbaiki
dan meningkatkan kemahiran sebelum memikul tanggungjawab untuk menerapkan
kemahiran-kemahiran ini dalam diri pelajar mereka. Penguasaan yang baik dalam
kemahiran manipulatif mampu memberikan impak positif kepada bakal pelajar yang
diajar mereka nanti.
RIMUP: Berjaya Kukuh Perpaduan Dan Bentuk Semangat Muhibah
RIMUP: Berjaya Kukuh Perpaduan Dan Bentuk Semangat Muhibah[Buletin Utama TV3 18 September 2015] RIMUP: Berjaya Kukuh Perpaduan Dan Bentuk Semangat Muhibah
Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Monday, October 12, 2015
Sumber : Buletin Utama TV3, 18 September 2015
Ulasan Jurnal 9
a) Tajuk : Pencapaian
Bahasa dan Matematik dalam kalangan Pelajar Bandar dan Luar
Bandar : Pengalaman
Rakyat MalaysiaPenulis : Parmjit Singh, Arba Abdul Rahman, Teoh Sian Hoon
Sumber : Journal of Science and Mathematics
Education in Southest Asia 2010, Vol.33 No. 1,65-85
Jurnal ini bertujuan untuk mengkaji
hubungan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar di bandar dan di luar
bandar serta pengaruh PPSMI dalam pencapaian pelajar. Sampel yang digunakan
adalah seramai 93 orang pelajar dari sekolah bandar dan 93 orang pelajar dari
sekolah luar bandar. Instrumen yang digunakan penulis dalam kajian ialah kertas
soalan untuk Bahasa Inggeris (EMT) dan kertas soalan untuk dwibahasa, iaitu
gabungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (EBMMT). Hasil dari kajian mendapati
kelemahan pelajar dalam pencapaian Matematik tidak banyak dipengaruhi oleh
bahasa yang digunakan dalam kertas peperiksaan.
Persoalan pertama yang dibincangkan
penulis ialah perbezaan markah dalam ujian EMT dan EBMMT dalam kalangan pelajar
di bandar. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan markah yang signifikan
untuk kedua-dua ujian bagi pelajar di kawasan ini. Penulis berpendapat
pencapaian yang rendah dalam kalangan pelajar di bandar tidak boleh disebabkan
faktor bahasa. Seterusnya, kajian ini dijalankan kepada pelajar sekolah luar
bandar. Daripada hasil kajian, terdapat perbezaan markah yang signifikan dalam
ujian EMT dan EBMMT, dimana pencapaian ujian EBMMT adalah lebih tinggi
berbanding ujian EMT. Penulis berpendapat pencapaian Matematik pelajar di luar
bandar dipengaruhi oleh faktor bahasa.
Selain itu, persoalan tentang perbezaan
markah ujian EMT antara pelajar di luar bandar dan di bandar terjawab dengan
hasil kajian yang mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan. Pencapaian
Matematik bagi pelajar di bandar didapati lebih tinggi berbanding pelajar di
luar bandar. Penulis berpendapat bahawa perbezaan pencapaian dalam kalangan
pelajar adalah disebabkan faktor lokasi.
Friday, 27 November 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 2 : Kepentingan Kefahaman
Konsep dalam Matematik
Azizi Yahaya & Elanggovan A/L M. Savarimuthu
Azizi Yahaya & Elanggovan A/L M. Savarimuthu
Kefahaman
dan kebolehan pelajar untuk memahami dan menguasai sesuatu konsep dalam
pelajaran adalah merupakan objektif pengajaran setiap guru. Dalam memastikan
hal ini berlaku, kaedah pengajaran guru dan faktor-faktor yang mempengaruhi
sesi pembelajaran yang berkesan merupakan perkara penting untuk diketahui.
Penguasaan konsep asas Matematik dalam kalangan pelajar dapat membantu mereka
untuk memahami konsep-konsep kompleks yang dipelajari. Kelemahan dalam konsep
asas akan mendorong kepada kesukaran seseorang pelajar untuk memahami
konsep-konsep Matematik yang lain seterusnya memberi kesan buruk kepada minat
pelajar tersebut dalam menguasai matapelajaran Matematik.
Dalam bab ini, penulis meninjau
beberapa aspek daripada pendapat ahli-ahi penyelidik dan psikologi mengenai
kepentingan kefahaman konsep dalam pembelajaran Matematik. Ia juga memberi
gambaran berhubung pembentukan konsep yang betul. Di samping itu, penekanan
diberikan juga kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ia
dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas seterusnya
mampu mengaplikasi kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian. Sekali lagi
dalam hal ini, guru adalah elemen utama dalam memastikan konsep-konsep
Matematik mampu dikuasai oleh pelajar-pelajar mereka. Kebolehan pelajar dalam
menyelesaikan masalah Matematik mampu menjadi pengukur terhadap kefahaman konsep
Matematik seseorang pelajar tersebut.
Keseluruhan ahli penyelidik
bersetuju bahawa pelajar yang tidak memahami konsep Matematik akan menghadapi
masalah dalam pemahaman Matematik secara keseluruhannya. Pembentukan konsep
membolehkan pelajar untuk mengenal sesuatu secara berasingan, mengenalnya dan
seterusnya dapat membezakan sesuatu benda dengan benda yang lain. Ahli
psikologi turut mendapati konsep yang sudah dikuasai akan mempengaruhi tahap
pembelajaran isi kandungan yang baru. Konsep yang kurang jelas juga berpunca
dari kurangnya minat seseorang pelajar dalam pembelajaran. Hal ini boleh
dikaitkan dengan bahan pengajaran yang tidak menepati objektif pengajaran,
organisasi kandungan yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang
kurang memuaskan dan juga pendekatan pembelajaran yang statik.
Kaedah pembelajaran yang mengandungi
unsur penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru
serta perbincangan yang wujud dalam kalangan pelajar itu merupakan satu
pendekatan yang mampu mengukuhkan konsep sesuatu pembelajaran. Kerja-kerja
praktikal, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan
aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pelajar menyelidik atau mengkaji
kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik mampu
untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep itu. Pendekatan
melalui pengalaman seperti aktiviti yang memerlukan pelajar membina model-model
pelajaran juga dapat membantu pelajar mengembangkan tahap pemikiran mereka. Kaedah
pengajaran yang pelbagai serta persekitaran yang berbeza mampu menarik minat
pelajar untuk mempelajari serta meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu
pelajaran tersebut.
Kesimpulannya, pedagogi yang betul
mampu menanam konsep asas Matematik dalam diri pelajar dengan menarik minat
mereka untuk belajar dan menggunakan pendekatan yang kreatif untuk memastikan
konsep itu difahami dengan mendalam. Kefahaman terhadap konsep dalam Matematik
penting untuk membolehkan pelajar memperbaiki dan meningkatkan mutu pendidikan
negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan
inovatif dalam pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.
Wednesday, 25 November 2015
Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik
BAB 1 : Tahap Kompetensi Guru
Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin
Bab ini
membincangkan tentang tahap kompetensi guru dalam sesi pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Perbincangan ini adalah merujuk kepada
kerelevanan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan
di negara kita suatu ketika dahulu. Kepentingan Bahasa Inggeris dalam bidang
sains dan teknologi diakui sangat jelas memandangkan bahasa utama dunia adalah
Bahasa Inggeris. Perlaksanaan ini turut dipengaruhi oleh kesedaran pihak kerajaan
tentang pelajar-pelajar di negara kita yang agak lemah dalam bahasa utama dunia
ini. Namun, mempelajari Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa yang
sukar dikuasai pelajar adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Dalam hal ini, tahap kompetensi atau
kesediaan tenaga pengajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik merupakan faktor yang paling utama dalam
menentukan keberkesanan sesuatu perlaksanaan.Pelbagai langkah dan usaha telah
dijalankan oleh kerajaan untuk membantu guru-guru ini menjalankan sesi
pembelajaran yang berkesan. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru
untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah pada tahap
sederhana. Hal ini berikutan guru-guru yang turut lemah dalam Bahasa Inggeris.
Permintaan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris telah menurunkan tahap
keyakinan seseorang guru dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Mereka berasa
bimbang akan maklumat yang diterima pelajar adalah berbeza dengan apa yang
hendak disampaikan. Namun, kursus-kursus yang dihadiri sangat membantu dalam
meningkatkan keyakinan serta kebolehan guru-guru dalam berbahasa Inggeris.
Selain itu, tahap kompentensi guru
berdasarkan aspek kaedah pengajaran turut dibincangkan dalam bab ini. Kaedah
pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru dalam memastikan pelajar dapat
menerima maklumat yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris agak berlainan dari
kaedah pengajaran yang biasa digunakan. Guru-guru perlu lebih kreatif dalam
menterjemahkan maklumat kepada aktiviti-aktiviti yang boleh membantu pelajar
memahami akan sesuatu topik tersebut. Kajian yang dijalankan membuktikan tahap
kompetensi guru melalui aspek kaedah pengajaran adalah di tahap tinggi. Ini
bermaksud guru-guru mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk memahami
sesuatu perkara melalui aktiviti-aktiviti yng dijalankan.
Tahap kompetensi guru dalam aspek
penggunaan bahan bantu mengajar juga dilihat tinggi. Guru-guru tidak mempunyai
masalah dalam menggunakan bahan bantu mengajar apabila sesi pembelajaran
dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Tambahan pula, bahan bantu mengajar
merupakan suatu elemen yang penting dalam memastikan keberkesanan sesi
pembelajaran. Contohnya, CD Rom yang disediakan pihak kerajaan mempunyai visual
yang mampu menarik perhatian pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran dalam
kelas dengan bersemangat.
Ulasan Jurnal 8
a) Tajuk : Persepsi Guru Sains terhadap Masalah
Pelaksanaan Pengajaran Subjek
Sains (PPSMI) di
Sekolah Rendah Kawasan Skudai, Johor Bahru.
Penulis : Aziz Bin Nordin dan Yang See Boon
Sumber : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
Bilangan
Muka Surat: 7
Jurnal ini adalah untuk meninjau
persepsi guru Sains terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) di sekolah rendah di kawasan Skudai, Johor Bahru serta hubungan antara
persepsi guru dengan faktor-faktor lain seperti tahap umur dan pencapaian
akademik pelajar. Dalam kajian ini, persepsi guru terbatas kepada faedah pelaksanaan
PPSMI, pendedahan maklumat dan juga masalah yang dihadapi. Sampel yang telah
digunakan dalam kajian ini ialah seramai 87 orang guru Sains dari 16 buah
sekolah rendah di sekitar Skudai. Kajian yang dijalankan penulis berbentuk
deskriptif dan instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Kajian ini
mendapati persepsi guru terhadap pendedahan maklumat tentang PPSMI ialah pada
tahap positif rendah manakala persepsi terhadap faedah dan masalah yang
dihadapi ialah tahap negatif rendah.
Salah satu persoalan ialah persepsi
guru terhadap pendedahan maklumat tentang PPSMI. Hasil kajian menunjukkan
persepsi guru terhadap pendedahan maklumat melalui kursus adalah pada tahap
positif tinggi dimana kursus dapat membantu guru dalam menggunakan alat bahan yang
disediakan dan keyakinan guru dalam mengajar matapelajaran Sains dalam Bahasa
Inggeris juga dapat ditingkatkan. Penulis berpendapat latihan-latihan yang
diberikan kepada guru melalui kursus ini dapat melatih guru untuk menyampaikan
maklumat dengan tepat. Guru berpendapat pelaksanaan PPSMI tidak menyumbang
kepada peningkatan prestasi pelajar dalam matapelajaran Sains. Namun begitu, pelaksanaan
PPSMI tetap menyumbang kepada peningkatan kefasihan pelajar bertutur dalam
Bahasa Inggeris dan alatan multimedia yang disediakan juga menarik minat para
pelajar dalam sesi pembelajaran. Penulis berpendapat pembelajaran ini dapat
melatih serta meningkatkan keyakinan pelajar untuk terus bertutur dalam bahasa
tersebut.
Manakala persepsi guru terhadap
masalah yang dihadapi sepanjang perlaksanaan PPSMI juga adalah pada tahap
negatif rendah. Penulis berpendapat masalah-masalah yang dihadapi guru akan
menjejaskan sesi pembelajaran apabila pelajar mengambil masa yang lama untuk
memahami sesuatu pelajaran, guru pula akan kesempitan masa untuk menghabiskan
silibus yang banyak. Seterusnya, hasil kajian mendapati persepsi guru dan
pencapaian akademik para pelajar tidak mempunyai kaitan yang signifikan.
Penulis berpendapat kemahiran dan pengetahuan guru akan mempengaruhi masalah
yang dihadapi.
Berdasarkan jurnal
ini, saya berpendapat masalah yang dihadapi guru-guru boleh diatasi jika
persepsi utama guru terhadap sesuatu pelaksanaan itu adalah positif. Jika
penggunaan masa diambil untuk menggunakan alatan multimedia yang disediakan
adalah terlalu lama ekoran ketidakpakaran guru-guru, perkara ini hendaklah
dipandang serius. Kursus-kursus untuk mengajar guru-guru cara yang betul dalam
menggunakan peralatan adalah wajib demi menjamin sesi pembelajaran berjalan
lancar.
Subscribe to:
Comments (Atom)

