a) Tajuk : Bahasa Inggeris: Kementerian
diminta jangan terlalu berkeras
Penulis :
Marzita Abdullah
Sumber :
Utusan Malaysia
Mukasurat :
1
Rencana yang ditulis oleh Marzita
Abdullah merupakan laporan daripada hasil temu bual beliau dengan salah seorang
wakil Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Laporan ini bertujuan untuk memberitahu pihak kementerian supaya tidak terlalu
memaksa golongan pendidik dalam menggunakan Bahasa Inggeris semasa mengajar
mata pelajaran Sains dan Matematik. Menurut laporan, persoalan mengenai
pelaksanaan dasar baru haruslah melalui fasa-fasa yang tertentu. Sistem
pendidikan mestilah harmoni dan teratur dimana setiap pelaksanaan memerlukan
tempoh masa untuk melihat hasilnya. Pihak kementerian harus memahami masalah
yang dihadapi oleh para guru sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan. Penulis juga melaporkan setiap dasar baru yang dilaksanakan sekurang kurangnya
memerlukan tempoh masa dua tahun untuk menilai hasilnya.
Persoalan lain yang
dilaporkan adalah pengawasan yang kurang memuaskan daripada pihak sekolah dalam
pelaksanaan PPSMI ini. Situasi tersebut ditolak kerana setiap sekolah mempunyai
guru besar, pengetua, guru penolong kanan atau guru pakar yang sentiasa
mengawasi perkembangan guru-guru tersebut. Para guru perlu diberi tempoh masa
tertentu selain menyediakan latihan, insentif dan kemudahan dalam melaksanakan
PPSMI.Berdasarkan rencana tersebut, didapati
segelintir para pendidik menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pihak
kementerian yang menggesa para guru dalam pelaksanaan dasar PPSMI ini.
Saya
bersetuju dengan pendapat yang dilaporkan oleh penulis dimana setiap dasar baru
yang dilaksanakan memerlukan tempoh masa atau fasa bermula dengan perancangan,
rintis, transisi dan semak semula. Hasil daripada semakan akan menentukan sama
ada perubahan dasar itu perlu diteruskan mahupun tidak. Tindakan yang
terburu-buru tidak wajar diambil oleh pihak kementerian tanpa melakukan usul
periksa terlebih dahulu. Justeru, dalam melaksanakan dasar baru, semua pihak
harus bekerjasama dan bersatu hati dalam memastikan pelaksanaan dasar tersebut
membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua golongan yang terlibat.
No comments:
Post a Comment