a) Tajuk : Mata Pelajaran Sains, Matematik bagi
UPSR, PMR dan SPM mulai 2003:
Peperiksaan guna Bahasa Inggeris
Peperiksaan guna Bahasa Inggeris
Penulis : Sahbulah Mohamad Darwi
Sumber :
Utusan Malaysia
Mukasurat :
8
Rencana ini ditulis oleh Sahbulah
Mohamad Darwi berikutan susulan pelaksanaan dasar PPSMI pada tahun 2003.
Laporan ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada para guru, pelajar dan juga
ibu bapa tentang perubahan sistem peperiksaan yang digunakan. Penulis
menggunakan kaedah temu bual bersama Timbalan Menteri Pendidikan bagi mendapat
maklumat lanjut mengenai peperiksaan guna Bahasa Inggeris. Menurut laporan
penulis, pelaksanaan serentak Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini
dijalankan di sekolah rendah dan juga menengah, iaitu dalam peperiksaan UPSR,
PMR dan SPM. Pihak kementerian meminta semua pihak yang terlibat termasuk
pelajar, guru, ibu bapa dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dalam
menjayakan dasar kerajaan tersebut.
Selain itu, penulis melaporkan dimana pihak
kementerian akan menyusun semula metadologi, strategi perancangan dan
penterjemahan buku teks dan bahan pembelajaran yang lain. Seterusnya, penulis
menemu bual Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP) dalam
mendapat maklum balas mengenai pelaksanaan sistem tersebut. Menurut laporan,
sokongan daripada semua pihak penting dalam mengetengahkan Bahasa Inggeris dan
memastikan kecemerlangan pelajar dari aspek akademik, disiplin dan baik budi
pekerti.
Berdasarkan rencana ini, didapati
pelaksanaan PPSMI ini mendapat sokongan penuh daripada beberapa persatuan guru
dan juga ibu bapa. Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh pihak kementerian, para
guru dan juga NGO dalam memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan dengan
lancar. Saya bersetuju dan sependapat dengan penulis dimana kerjasama yang padu
penting dalam menghasilkan atau menjayakan sesuatu dasar baru. Usaha kerajaan
dalam mengetengahkan Bahasa Inggeris dapat memberi manfaat kepada anak bangsa
seterusnya melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dengan
mengambil kira segala aspek rohani dan jasmani.
No comments:
Post a Comment