a) Tajuk
Tesis: Pandangan Pelajar Tingkatan Dua di Sebuah Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Harian di Daerah Dungun Mengenai Pembelajaran Matematik
dalam Bahasa Inggeris.
dan Sekolah Harian di Daerah Dungun Mengenai Pembelajaran Matematik
dalam Bahasa Inggeris.
Penulis :
Wan Norazian Binti Wan Ali
Sumber :
Koleksi Tesis, Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI
Tesis ini adalah hasil kajian pelajar
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik), iaitu Wan Norazian Binti Wan Ali
tentang isu pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Penulis menggunakan
sampel seramai enam orang pelajar, iaitu tiga orang pelajar dari Sekolah
Menengah Sains Dungun sebagai wakil sekolah berasrama penuh dan tiga orang
pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Omar sebagai wakil sekolah harian. Kaedah
temubual telah digunakan dan instrumen yang digunakan penulis ialah diri beliau
sendiri dalam proses pengumpulan data untuk kajian ini.
Persoalan yang diutarakan oleh penulis
adalah tentang minat pelajar untuk mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Kajian menunjukkan pelajar dari sekolah berasrama penuh menunjukkan minat yang
tinggi dan hanya minoriti pelajar sekolah harian menunjukkan minat untuk
menggunakan Bahasa Inggeris dalam sesi pembelajaran subjek Matematik. Dalam hal
ini, penulis berpendapat bahawa guru memainkan peranan penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran agar segala maklumat dapat disampaikan dengan
berkesan kepada para pelajar. Seterusnya, peningkatan dalam pencapaian subjek
Bahasa Inggeris. Majoriti pelajar sekolah berasrama penuh dan semua pelajar
sekolah harian menafikan terdapatnya peningkatan dalam pencapaian subjek Bahasa
Inggeris. Mereka berpendapat subjek Matematik lebih kepada nombor dan pemahaman
konsep Matematik.
Berdasarkan tesis ini, saya mendapati
penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pembelajaran Matematik memberikan impak
yang berbeza kepada pelajar yang berbeza latar belakangnya. Oleh itu, dalam
memastikan pelaksanaan PPSMI tidak membawa kesan yang negatif kepada para
pelajar, saya berpendapat guru memainkan peranan yang paling penting. Guru
hendaklah pandai dan kreatif dalam memastikan topik yang diajar dapat difahami
para pelajar dengan berkesan. Walaupun begitu, saya berpendapat agar guru-guru
membiasakan penggunaan-penggunaan istilah dan kata kunci Matematik dalam Bahasa
Inggeris agar memudahkan pelajar di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment