a)
Tajuk
Artikel Majalah: Pendedahan Realiti PPSMI
Penulis : Jason Lai & Lai Pik Yien
Sumber :
Scientific Malaysian Magazine, June 4, 2012 in Issue 2/2012
Artikel ini adalah hasil daripada
pandangan dan juga tinjauan Jason Lai dan Lai Pik Yien. Menurut penulis, PPSMI
ini merupakan cetusan idea oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang telah
dilaksanakan pada tahun 2003. Pada masa kini, dasar ini telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Bahasa Melayu. Pemansuhan dasar ini menimbulkan masalah
kepada para pendidik dan juga pelajar. Berdasarkan tinjauan penulis, prestasi
sekolah dalam Matematik dan Sains meningkat selepas PPSMI diperkenalkan dan
tiada perbezaan statistik yang signifikan
antara sekolah Bandar dan juga luar Bandar. Selain itu, prestasi Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) lebih positif berbanding daripada Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).
Menurut penulis, pencapaian akademik di sekolah bukan
semata-mata bergantung kepada pilihan bahasa, tetapi bergantung pada kualiti
guru sekolah. Seterusnya, pengurusan PPSMI perlu bersifat inovatif dalam
merancang dan melaksanakan dasar tersebut. Persoalan yang diutarakan oleh
penulis adalah perbezaan sosio-ekonomi yang berlaku di Malaysia. Jika PPSMI ini
diteruskan, masalah sosial akan wujud dalam konteks pelbagai kaum di Malaysia.
Penulis membandingkan sistem pendidikan negara dengan negara yang lain seperti
Belgium, Netherlands dan Switzerland di mana mereka mahir dalam Bahasa Inggeris
tanpa membelakangkan Bahasa Kebangsaan mereka sendiri.
Berdasarkan artikel tersebut, didapati
terdapat kebaikan dan juga keburukan yang diperoleh daripada pelaksanaan dasar
PPSMI. PPSMI mungkin memberi kesan positif kepada prestasi sekolah, namun ianya
bergantung kepada peranan pendidik. Guru memainkan peranan yang penting dalam
memupuk minat pelajar dalam mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris. Pengurusan PPSMI yang sistematik dan teratur dapat membantu para
pendidik dan juga pelajar dalam mengakses perkembangan baru dalam bidang Sains
dan teknologi dalam dunia globalisasi. PPSMI bukan bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan bahasa semata-mata, tetapi untuk memudahkan para pelajar dalam
mendalami ilmu sains yang sentiasa berkembang dari hari ke hari. Sistem
pendidikan yang bermutu dan telus dapat mewujudkan dan meningkatkan taraf
pendidikan negara kita serta menyumbang kepada pencapaian pelajar yang lebih
baik agar boleh berdiri di sebelah atau setanding dengan Negara maju yang lain.
Walaupun PPSMI ini dijalankan, Bahasa Kebangsaan tidak akan dipinggirkan oleh
masyarakat sejagat.
No comments:
Post a Comment